20 October 2010

Sambutan Hari Raya SK Kem

,
SK Kem Pengkalan Chepa telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat sekolah pada 30 September 2010.Majlis dimulai dengan ucapan oleh tuan guru besar SK Kem iaitu En.Zulkiflee bin Yusoff. Majlis tersebut diacarakan oleh Pn. Salina dan juga Tn. Haji Ashaari.

Sebaik sahaja tamat ucapan tuan Guru Besar, majlis takbir raya di alunkan beramai-ramai dengan diketuai oleh Ketua Panitia Agama Islam iaitu En. mohd Rosdi Ab. Rahman. Turut serta dalam majlis ini ialah Guru Besar, PKP dan semua guru lelaki.



Kemeriahan sambutan hari raya lebih terserlah dengan adanya pelbagai acara, antaranya ialah nyayian lagu raya, pertunjukan fesyen, busana muslim, sajak dan beberapa acara lagi. Acara ini ke semuanya disertai oleh murid-murid SK Kem yang berpakaian cantik dengan baju raya masing-masing






Kemeriahan ini disudahai dengan jamuan raya yang diadakan di kawasan tempat letak kereta (untuk murid) mAnakala guru-guru dan AJK PIBG pula menikmati hidangan raya di kantin SK Kem. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

Read more

Guru Pembina Negara Bangsa

,
“Guru Pembina Negara Bangsa” 16 Mei adalah hari yang paling bersejarah buat insan-insan yang bergelar guru. Tanggal ini adalah untuk memperingati jasa-jasa yang telah ditabur oleh para guru. Jasa yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit atau emas permata, tanpa guru seseorang itu akan sesat. Tiada seorang pun guru yang ingin melihat anak didiknya gagal.

SK. Kem Peng. Chepa turut membuat sambutan hari guru dengan dimulai dengan doa selamat oleh al fadhil Us. Muhd Rosdi Bin. Ab. Rahman ( Ketua Panitia Pendidikan Islam ) dan diikuti oleh ucapan Penolong Kanan Pentadbiran ( Tn. Hj. Ismail Bin Hamat ) yang mewaki Guru Besar.

Penolong kanan Kokurikulum Pn. Norhayati Bt. Hassan turut manyampaikan amanat ataupun perutusan hari guru oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dato Hj Alimuddin bin Mohd Dom) manakala Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Pn. Hjh. Hasanah Abd. Samad pula menyampaikan perutusan hari guru oleh Menteri Pelajaran Malaysia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Para guru SK. Kem juga turut menyayikan dua buah lagu iaitu ” Guru Malaysia ” dan juga lagu tema hari guru tahun 2010 ” Guru Pembina Negara Bangsa “


Pada hari ini juga, pihak sekolah turut menyampaikan hadiah kepada murid-murid cemerlang dalam peperiksaan UBB II baru-bari ini, iaitu murid-murid yang mendapat 5A dan juga 4A 1B. Semoga dengan ilmu yang dibekalkan, anak-anak semua akan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Hadiah atau cenderahati ini telah disampaikan oleh Tn. Hj. Ismail Bin Hamat (PKP)


Read more

19 October 2010

Perlawanan Bola Sepak QIT Pengkalan Chepa

,
Perlawanan bola sepak di antara sekolah-sekolah rendah peringkat QI Pengkalan Chepa telah diadakan pada petang 28 & 29 Mac 2010. SK. Kem Pengkalan Chepa telah dipilih untuk menjadi tuan rumah perlawanan tersebut.

Perlawanan yang berlangsung selama dua petang itu telah dapat mencungkil dan melahirkan bakat-bakat baru yang mampu menjadi pelapis skuad negara suatu hari nanti sekiranya diberi peluang.

Kesemua pasukan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi walaupun masing-masing inginkan kemenangan dan seterusnya menjadi johan. Di antara pasukan-pasukan yang mengambil bahagian ialah SK. Kem Pengkalan Chepa selaku tuan rumah, SK. Dato’ Hasyim I, SK. Dato’ Hasyim II, SK. Tanjung Mas, SK. Pengkalan Chepa, SK. Kemumin, SK. Panji, SK. Sabak, SK. Demit Dua, SK. Seri Chempaka, SK. Parang Puting

Dalam perlawanan tersebut SK. Dato’ Hasyim I telah muncul sebagai Johan setelah mengalahkan pasukan SK. Tanjung Mas dengan dua jaringan tanpa balas (2-0). Pasukan tuan rumah hanya mampu sampai keperingkat suku akhir setelah tewas kepada SK. Tanjung Mas (2-0).

Sedutan Perlawanan Akhir Antara Pasukan
SK. Dato’ Hasyim I & SK. Tanjung Mas



Semoga di tahun hadapan kita akan dapat melihat lagi aksi-aksi yang lebih lincah dan pasukan yang lebih mantap untuk memeriahkan lagi acara perlawanan bola sepak ini.

Read more

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Murid Cemerlang 2010

,
Majlis “menyemat lencana” bagi murid-murid cemerlang yang memperolehi 5A, 4A dan juga 3A telah diadakan pada 28 Mac 2010. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan diikuti oleh ucapan yang berusaha tuan guru besar SK. Kem Pengkalan Chepa.. Ibu bapa dijemput menyemat sendiri lencana tersebut dan semoga ianya akan menjadi perangsang kepada murid-murid lain.

Di samping itu juga, dua orang peserta olahraga yang mewakili sekolah turut menerima cenderahati di atas kejayaan yang dicapai. Adik Nur Hanisah telah menjadi naib johan acara lontar peluru manakala adik Mohd Amin mendapat tempat ketiga dalam acara larian. Cenderahati tersebut telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Pn. Norhayati Hassan. Tahniah diucapkan dan semoga SK. Kem akan terus cemerlang.

Tidak lupa juga buat murid-murid yang gemar meminjam dan membaca buku dari Pusat Sumber Sekolah (PSS), mereka yang paling kerap meminjam buku telah diberikan hadiah galakan yang telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Hasanah Abd Samad.

Pada hari yang sama juga diadakan majlis perjumpaan ibu bapa murid cemerlang 2010. Majlis perjumpaan tersebut diadakan di Bilik Gerakan SK Kem

Bersama kegembiraan terdapat juga kesedihan, dua perkara yang sentiasa tidak dapat dipisahkan. Dalam majlis tersebut juga pihak sekolah telah mengambil kesempatan menyumbangkan derma kepada adik Nurul Nasuha di atas kembalinya ayahanda tersayang kerahmatullah. Sumbangan tersebut disampaikan oleh PK. Hem iaitu Pn. Hjh. Hasanah Abd. Samad. Sama-samalah kita menghadiahkan Al Fatihah buat beliau. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama para solihin.

Perjalanan majlis tersebut telah dirakamkan dan dimuatkan dalam satu album yang mana anda boleh menatapnyanya di bawah. Semoga SK. Kem terus maju dan dapat melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.


Read more

Sambutan Maulidurrasul SK Kem Peng. Chepa

,

Sebagaimana lazimnya, bila tiba Rabiul Awwal maka umat Islam agak sibuk dengan ceramah dan juga aktiviti keagamaan semata-mata ingin memperingati bulan kelahiran Junjungan Besar kita Muhammad S.A.W

Tidak ketinggalan juga SK. Kem Pengkalan Chepa yang menjadikan sambutan ini sebagai aktiviti tahunan yang seharusnya diteruskan. Semoga dengan aktiviti yang dilaksanakan dapat membentuk shasiah diri murid-murid daripada cemerlang kepada lebih gemilang.

Ceramah sempena Maulidurrasul kali ini disampaikan oleh penceramah jemputan dari IPGM Kampus Kota Bharu. Beliau ialah alfadhil Ustaz Mustaffa



Baca artikel di bawah semoga anda memperolehi manafaat darinya

Pengertian Rabiulawal
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.
Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan.
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah
Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai’ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa’idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis
Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam
Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Read more

Majlis Perasmian Khemah Ibadah 2010

,
Majlis perasmian Khemah Ibadah & Penyematan Lencana Jilul Quran telah diadakan pada hari Khamis 25 Feb 2010 di Dataran SK Kem Peng. Chepa.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Ustaz Ismail Bin Jaya, Pegawai Pendidikan Islam PPD Kota Bharu.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Wan Ruhisham kemudian bacaan ayat-ayat suci Al Quran diperdengarkan oleh dua orang qari SK Kem. Diikuti ucapan aluan oleh penyelaras program ( Ustaz Muhd Rosdi Ab Rahman ) Seterusnya ucapan perasmian oleh Al Fadhil Ustaz Ismail Bin Jaya

Di dalam ucapanya beliau menekankan betapa pentingnya Al Quran dalam kehidupan seharian. Al Quran adalah penyuluh kegelapan apabila seseorang itu berada di “alam barzakh” nanti. Dengan membaca dan menghayati kandungan Al Quran, seseorang manusia itu tidak akan sesat dan sentiasa berada di landasan yang betul.

Semoga di masa akan datang lebih ramai lagi Jilul Quran ( generasi Al Quran ) akan lahir di SK. Kem ini.
Read more
 

Sk. Kem Peng. Chepa Copyright © 2013 -- Template ini disunting oleh: Wan Ruhisham Wan Ibrahim -- Powered by Hisham SK Kem