20 October 2010

Guru Pembina Negara Bangsa

,
“Guru Pembina Negara Bangsa” 16 Mei adalah hari yang paling bersejarah buat insan-insan yang bergelar guru. Tanggal ini adalah untuk memperingati jasa-jasa yang telah ditabur oleh para guru. Jasa yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit atau emas permata, tanpa guru seseorang itu akan sesat. Tiada seorang pun guru yang ingin melihat anak didiknya gagal.

SK. Kem Peng. Chepa turut membuat sambutan hari guru dengan dimulai dengan doa selamat oleh al fadhil Us. Muhd Rosdi Bin. Ab. Rahman ( Ketua Panitia Pendidikan Islam ) dan diikuti oleh ucapan Penolong Kanan Pentadbiran ( Tn. Hj. Ismail Bin Hamat ) yang mewaki Guru Besar.

Penolong kanan Kokurikulum Pn. Norhayati Bt. Hassan turut manyampaikan amanat ataupun perutusan hari guru oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dato Hj Alimuddin bin Mohd Dom) manakala Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Pn. Hjh. Hasanah Abd. Samad pula menyampaikan perutusan hari guru oleh Menteri Pelajaran Malaysia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Para guru SK. Kem juga turut menyayikan dua buah lagu iaitu ” Guru Malaysia ” dan juga lagu tema hari guru tahun 2010 ” Guru Pembina Negara Bangsa “


Pada hari ini juga, pihak sekolah turut menyampaikan hadiah kepada murid-murid cemerlang dalam peperiksaan UBB II baru-bari ini, iaitu murid-murid yang mendapat 5A dan juga 4A 1B. Semoga dengan ilmu yang dibekalkan, anak-anak semua akan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Hadiah atau cenderahati ini telah disampaikan oleh Tn. Hj. Ismail Bin Hamat (PKP)


0 comments to “Guru Pembina Negara Bangsa”

Post a Comment

 

Sk. Kem Peng. Chepa Copyright © 2013 -- Template ini disunting oleh: Wan Ruhisham Wan Ibrahim -- Powered by Hisham SK Kem