19 October 2010

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Murid Cemerlang 2010

,
Majlis “menyemat lencana” bagi murid-murid cemerlang yang memperolehi 5A, 4A dan juga 3A telah diadakan pada 28 Mac 2010. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan diikuti oleh ucapan yang berusaha tuan guru besar SK. Kem Pengkalan Chepa.. Ibu bapa dijemput menyemat sendiri lencana tersebut dan semoga ianya akan menjadi perangsang kepada murid-murid lain.

Di samping itu juga, dua orang peserta olahraga yang mewakili sekolah turut menerima cenderahati di atas kejayaan yang dicapai. Adik Nur Hanisah telah menjadi naib johan acara lontar peluru manakala adik Mohd Amin mendapat tempat ketiga dalam acara larian. Cenderahati tersebut telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Pn. Norhayati Hassan. Tahniah diucapkan dan semoga SK. Kem akan terus cemerlang.

Tidak lupa juga buat murid-murid yang gemar meminjam dan membaca buku dari Pusat Sumber Sekolah (PSS), mereka yang paling kerap meminjam buku telah diberikan hadiah galakan yang telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Hasanah Abd Samad.

Pada hari yang sama juga diadakan majlis perjumpaan ibu bapa murid cemerlang 2010. Majlis perjumpaan tersebut diadakan di Bilik Gerakan SK Kem

Bersama kegembiraan terdapat juga kesedihan, dua perkara yang sentiasa tidak dapat dipisahkan. Dalam majlis tersebut juga pihak sekolah telah mengambil kesempatan menyumbangkan derma kepada adik Nurul Nasuha di atas kembalinya ayahanda tersayang kerahmatullah. Sumbangan tersebut disampaikan oleh PK. Hem iaitu Pn. Hjh. Hasanah Abd. Samad. Sama-samalah kita menghadiahkan Al Fatihah buat beliau. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama para solihin.

Perjalanan majlis tersebut telah dirakamkan dan dimuatkan dalam satu album yang mana anda boleh menatapnyanya di bawah. Semoga SK. Kem terus maju dan dapat melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.


0 comments to “Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Murid Cemerlang 2010”

Post a Comment

 

Sk. Kem Peng. Chepa Copyright © 2013 -- Template ini disunting oleh: Wan Ruhisham Wan Ibrahim -- Powered by Hisham SK Kem