20 October 2015

Gotong Royong Perdana SK Kem Pengkalan Chepa

,
PENG.CHEPA 18 OKT – Sempena Maal Hijrah ,kira-kira  500 orang telah beramai-ramai melakukan kerja amal bergotong royong membersihkan kawasan perumahan penduduk Taman Seri dalam Program Gotong Royong Perdana Dengue Patrol Sek. Keb. Kem Peng.Chepa baru-baru ini.


Program ini yang turut dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Kota Bharu Dr Muhammad Zulkifli Othman telah mendapat kerjasama yang sepenuhnya dari penduduk setempat dan pelbagai agensi. Pejabat Kesihatan Kota Bharu turut meyediakan khidmat Pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan gigi percuma.Kaunter derma darah  telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Pihak kesihatan juga memberikan khidmat ceramah kesihatan khas mengenai wabak denggi dan pemberian ubat jejentik percuma kepada semua pengunjung.


Kelab Oscar, Petronas Padang tembak, Bomba Pengkalan Chepa, Polis IPD Kota Bharu, Majlis Perbandaran Kota Bharu, WestStar, PIBG , Guru-guru dan kakitangan SK.Kem  serta murid dan ibubapa pelajar turut menjayakan program tersebut.



Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Hj. Zaluzi Sulaiman., Ketua Wanita UMNO Peng. Chepa, Zarina Mat Eusope dan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Kelantan (JPN) Rosnah Ibrahim.

Dalam pada itu, Norhayati selaku penyelaras pertandingan Dengue Patrol SK Kem berkata, SK Kem merupakan tahun  kedua layak menyertai pertandingan ini untuk peringkat Kebangsaan. Menurutnya lagi Program Gotong Royong Perdana ini adalah sebahagian aktivitiyang dijalankan selepas pelancaran program pada30 Septemberbaru-baru ini.

Kesemua aktiviti yang telah dan akan dijalankan diantaranya melukis poster, buku skrap, dikir barat, sketsa, gerak gempur berbasikal, ceramah akan di buat secara online untuk dinilai.

Ketua Sektor Pembangunan JPN amat teruja dan berharap program yang seumpama ini dapat diteruskan lagi demi meningkatkan lagi kesedaran orang ramai dan masyarakat seluruhnya tentang bahayanya nyamuk aedes dan kesannya terhadap manusia.
Read more
 

Sk. Kem Peng. Chepa Copyright © 2013 -- Template ini disunting oleh: Wan Ruhisham Wan Ibrahim -- Powered by Hisham SK Kem